Friday, January 19, 2018

Assalamualaikum semua...

banyak dapat ilmu hari ni

tqsm cikgu herry

Tempahan Cover Buku RPH

๐Ÿ“’๐Ÿ“•TEMPAHAN COVER RPH ๐Ÿ“š๐Ÿ““
                     Buku @ Fail
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
berminat❓❓❓❓❓
klik link๐Ÿ‘‡๐Ÿผ
https://www.wasap.my/60194885337/coverrph

untuk respon segera

Kota Madinah dari kaca mata ku.





Assalamualaikum semua


RESEPI BIMBIMBAB

Bahan-bahan untuk 3 - 4 hidangan 
1 ikat sayur bayam
1 cawan daging batang pinang
1 cawan carrot
2 cawan cendawan shitake
1 cendawan enokitake
Minyak bijan masakan
1 ulas bawang putih (dicincang atau ditumbuk halus)
1 sudu makan kicap soya
1/2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan bijan panggang
3 biji telur
minyak untuk menggoreng
garam & gula
sedikit ketulan ais

Begini cara-cara membuat bibimbap..jom follow step by step

Sayur bayam:
Anda perlu menjerang air besama sedikit garam. Sementara menunggu, siang sayur dan bersihkan dari pasir-pasir yang melekat. Kemudian apabila air sudah mendidih masukkan sayur bayam tadi dan masak seketika (jangan lama sangat). Setelah itu toskan airnya dan alihkan kedalam mangkung yang berisi air dan ketulan ais.
Selepas seketika ambil sayur tadi, genggam dan perahkan airnya perlahan-lahan. Didalam mangkuk bersih, gaulkan sayur bayam ini dengan sedikit minyak bijan dan ketepikan.

Cendawan enoki:
Step ini lebih kurang sama dengan sayur bayam tadi cuma hujung cendawan yang perlu dipotong.
Carrot:
Bersihkan dan kupas kulitnya. Carrot ini dipotong kepada 3 dan dihiris nipis. Panaskan kuali pan dengan sedikit minyak, goreng sehingga lembut. Ketepikan.

Daging:
Daging yang sudah dibersihkan hendaklah dipotong kecil dan nipis. Kemudian digaulkan bersama kicap soya, kicap pekat, bawang putih dan sedikit garam. Perapkan daging ini dan simpan didalam peti sejuk selama 30 minit.

Setelah 30 minit panaskan kuali pan bersama sedikit minyak dan goreng daging sehingga masak. ketepikan. Saya potong daging ni nipis dan lebar-lebar tapi terpulang pada selera anda .. nak guna daging hancur pun boleh kot.. bukan apa takut tercekek nanti!

Cendawan shitake:
Bersihkan dan potong cendawan. Kemudian panaskan kuali pan dengan sedikit minyak dan goreng seketika. Jangan risau cendawan ni bila digoreng ia akan kecut jadi lebihkan sedikit cendawan jika anda suka.

Telur mata:

Telur itu sebaiknya digoreng separuh masak. Kuningnya dibiarkan lembek supaya ia pecah bila digaul nanti. Ini akan membuatkan bibimbap kita moist!

Step akhir:

Isikan nasi putih (resepi saya menggunakan beras biasa) kedalam mangkuk favorites anda dan susun kesemua masakan tadi mengikut kreativiti dan selera anda. Diatasnya sudukan sedikit atau lebih sos Gochujang dan jangan lupa titiskan sedikit minyak bijan dan taburkan juga bijan yang siap disangai.

Sos ini boleh dibuat sendiri atau dibeli di supermarket atau dikedai-kedai runcit korea sekitar Ampang hilir.
Resepi sos gochujang

4 sudu makan tauchu
1-2 sudu teh serbuk cili (jika anda suka pedas)
1 sudu makan gula
Sedikit minyak bijan & air

Cara-cara
1. Cuci dan bersihkan tauchu (cuci jangan keterlaluan takut hilang langsung rasa masinnya) dan dengan menggunakan tapis santan, lumat-lumatkan tauchu tersebut sehingga halus. Setelah halus gaulkan dengan serbuk cili, gula dan sedikit minyak bijan.
Memang agak leceh membuatnya.

Ada juga resepi yang saya jumpa tapi saya tak cuba lagi
  
(1)

1 sudu makan tepung beras
2 sudu makan air putih
(satukan dua bahan ni kedalam bekas microwave kemudian tutup dengan plastic wrap dan panaskan sehingga 15 minit. Keluarkan dan kacau adunan tepung ini hingga jadi paste)

Didalam mangkuk yang sama gaulkan dengan
1 - 2 sudu makan serbuk cili Gochugaru (Korean hot pepper flakes)
1 - 2 gula pasir
1 ½ sudu teh kicap soya
Sedikit garam

Note : sukatan ikut selera masing-masing mungkin ada yang suka pedas dan tak pedas. Sebolehnya jangan pekat atau cair ok

(2)

 Ada juga sesetengah resepi yang saya survey mereka cuma campurkan cili sos dan mayonnaise saje. Emm..yang ini saya belum cuba lagi.

say tq

ASSALAMUALAIKUM CIKGU HERRY.

Terima kasih dengan perkongsian Mudah Mengajar hari ini, banyak sangat dapat ilmu.